Ikuti Kami:

Pergi Kelab Malam, Video Sambutan Hari Jadi Jennie BLACKPINK Di Los Angeles Tular

Pergi Kelab Malam, Video Sambutan Hari Jadi Jennie BLACKPINK Di Los Angeles Tular

Jennie BLACKPINK telah mendapat perhatian ramai selepas sambutan hari jadinya di Los Angeles.

Pada awal bulan Januari, Jennie telah didapati berada di Los Angeles, Amerika. Malah, dalam hantaran yang dipadam di Instagram, Jennie telah berkongsi bahawa dia berada di sebuah studio.

Semasa di LA, netizen telah berkongsi video yang menunjukkan Jennie berada di kelab popular, Mama Lion di Koreatown. Dalam video yang disiarkan dalam talian, Jennie didapati sedang menari dengan rakan-rakannya dan menikmati suasana tersebut.

Dalam masa yang sama, peminat mendapati bahawa Jennie sebenarnya berada di kelab itu bagi meraikan hari lahirnya pada 16 Januari.

Khususnya, netizen telah memuji tindakan Jennie yang pergi ke kelab di Koreatown yang dengan jelas akan memainkan lagu K-Pop.

Di dalam video yang dikongsi netizen, Jennie kelihatan teruja apabila lagu BLACKPINK sendiri iaitu “DDU-DU DDU-DU” dimainkan.

Selepas video itu dikongsi dalam talian, ramai menyukai akan cara ahli BLACKPINK tersebut menjalani kehidupannya dan menikmati beberapa sambutan hari jadi di Amerika.

Malah, peminat turut menyukai kebebasan yang dimiliki oleh penyanyi tersebut selepas meninggalkan YG Entertainment.

Selamat hari jadi Jennie!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...