Jennie BLACKPINK sekali lagi telah membuktikan popularitinya.
Menjadi tarikan peminat dari seluruh dunia, beberapa iklan yang memaparkan Jennie telah menjadi tempat ‘hangat’ untuk orang ramai bergambar dengannya.
Di mana, terdapat ramai pelancong dan orang yang berpengaruh di media sosial telah berpusu-pusu datang ke kedai TAMBURINS yang terletak di Sinsadong, Korea Selatan hanya untuk bergambar di hadapan iklan ahli BLACKPINK tersebut.
Walaupun iklan itu hanya memaparkan wajah Jennie, namun ianya sudah cukup untuk menjadikannya sebagai salah satu tempat terhangat dalam kalangan pelancong untuk bergambar.
Malah, disebabkan ini juga peminat serta orang ramai sanggup untuk beratur selama berjam-jam hanya untuk mengambil gambar mereka bersama dengan iklan tersebut.
JENNIE THE IT KOREAN GIRL 🥰🥰🥰🥰
I came to spend my Tamburins coins and look at the ppl they’re literally here FOR HER AND ONLY HER and so am I. pic.twitter.com/lNQI53D5Wy— icsi 🥟 (@latiadeustedes) October 22, 2023
Dalam masa yang sama, ini bukan pertama kali perkara seperti ini telah berlaku. Di mana sebelum ini, ramai peminat telah meniru gaya Jennie semata-mata hanya untuk bergambar di hadapan iklan Calvin Klein memaparkan ahli BLACKPINK tersebut.
Jadi jika korang merancang nak pergi ke Korea, jangan lupa singgah di iklan Jennie untuk bergambar!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.