Ikuti Kami:

Pergi Bercuti Di Greece & Banyak Momen Sweet, Lisa BP & Frédéric Arnault Sah Sedang Bercinta Kini?

Pergi Bercuti Di Greece & Banyak Momen Sweet, Lisa BP & Frédéric Arnault Sah Sedang Bercinta Kini?

Nampaknya, semakin banyak bukti menyatakan bahawa Lisa BLACKPINK sedang bercinta dengan Frédéric Arnault kini..

Terbaru, Lisa telah memuat naik fotonya sedang bercuti ketika di Greece dan berenang di perairan biru aqua.

Bagaimanapun, perkara lain yang menarik perhatian adalah apabila isteri Alexandre Arnault, iaitu abang kepada Frédéric turut berkongsi gambar dari lokasi yang sama, menimbulkan khabar angin bahawa Lisa pergi bercuti dengan keluarga ‘teman lelaki’nya itu.

Bukan itu sahaja, pada hari yang sama, Frédéric juga telah memuat naik satu gambar di Instagram Story, sambil memaparkan phone case yang dipakainya.

Tidak lama kemudian, netizen terus dapat tahu bahawa di belakang phone case itu terdapat nama ‘Lisa’, yang telah ditutup dengan emoji heart.

Dengan ini, peminat nampaknya semakin yakin bahawa Lisa dan CEO kepada jenama jam mewah ‘TAG Heuer’ itu sedang mempunyai hubungan istimewa kini.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...