Ikuti Kami:

“Pereka Gaun Jun Jihyun & Go Soyoung” – Puluhan Ribu, Ini Harga Busana Pengantin Park Shinhye

“Pereka Gaun Jun Jihyun & Go Soyoung” – Puluhan Ribu, Ini Harga Busana Pengantin Park Shinhye

Merupakan antara pelakon popular K-Drama, sudah pasti perkahwinan Park Shin-hye dan Choi Tae-joon menjadi perhatian ramai.

Bukan sahaja majlis bermakna itu disebut-sebut, malah gaun perkahwinan yang disarungkan pelakon wanita turut meniti di bibir semua.

park shinhye choi taejoon kahwin

Menyarungkan busana serba putih dengan hiasan corak bunga di bahagia dada, gaun tersebut merupakan rekaan pereka Amerika Syarikat iaitu diambil daripada koleksi musim bung 2022 Oscar de la Renta.

Pereka tersebut dikenali kerana mereka gaun watak Sarah Jessica Parker dalam siri popular iaitu “Sex And The City”. Malah gaun pengantin yang dipakai pelakon Go So-young (isteri Jang Dong-gun) pada tahun 2008 juga merupakan hasil rekaan pereka yang sama. Lebih menarik apabila Jun Ji-hyun turut pernah menggayakan rekaan pereka itu dalam salah satu babak “My Love From The Star”.

gaun kahwin go soyoung

Turut menjadi pilihan ramai figura terkenal seperti Beyonce, Nancy Regan dan Jacqueline Keenedy, kebanyakan busana yang direka Oscar de la Renta mencecah sekurang-kurangnya harga 20 milion won (RM70,207) dan mencapai 70 (RM245K) ke 80 milion won (RM280K).

Park shinhye choi taejoon

Bukan itu sahaja, Park Shin-hye turut memakai salah satu rekaan lain pereka itu dalam foto pra-perkahwinannya bersama Choi Tae-joon yang turut diriliskan oleh SALT Entertainment beberapa jam sebelum majlis perkahwinan tersebut berlangsung.

Memang curlass kan Park Shin-hye?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...