Ikuti Kami:

Percaya atau Tidak 6 Artis Berbakat Ini Berhenti Belajar Demi Capai Cita-Cita Mereka

Percaya atau Tidak 6 Artis Berbakat Ini Berhenti Belajar Demi Capai Cita-Cita Mereka

Ramai artis Korea berpeluang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi.

Walaubagaimanapun, tidak semua peluang itu diterima baik oleh mereka kerana terdapat pengecualian di mana sesetengahnya menolak demi mengejar impian mereka.

Kang Daniel 

Kang Daniel Berhenti Belajar

Semasa rancangan TV, Kang Daniel menjelaskan bahawa dia memutuskan untuk berhenti sekolah kerana dia percaya bahawa ada rezeki yang terbaik untuknya walaupun dia tidak berjaya di sekolah. Disebabkan oleh ingin mengejar impian untuk menjadi seorang penyanyi, Kang Daniel tidak merasakan bahawa dia perlu ke kolej untuk sambung belajar.

Bagaimanapun, dia akhirnya mengambil GED selepas muncul dalam rancangan “Produce 101” dan kini belajar di Universiti Siber Kyunghee.

Yoo Jae-suk

Yoo Jaesuk Berhenti Belajar

Yoo Jae-suk membuat penampilan sulungnya sebagai pelawak pada tahun 1991 ketika dia masih baru di kolej. Yoo Jae-suk menjelaskan semasa dalam percubaan akademik, dia menerima panggilan daripada kolejnya. Mereka bertanya sama ada Yoo Jae-suk mahu berhenti atau mereka mengusir dia keluar.

Kerana mempunyai minat yang lebih untuk komedi daripada belajar, Yoo Jae-suk membuat keputusan berhenti untuk lebih fokus pada kerjayanya.

Mark GOT7

Mark GOT7 Berhenti Belajar

Mark bersekolah di Arcadia High School di California semasa dia dijemput untuk menyertai uji bakat di JYP Entertainment tetapi pada mulanya dia tidak berminat. Kemudian apabila rakan dan keluarganya meyakinkannya untuk mengambil menyertai peluang itu, dia mengikuti uji bakat dan berjaya menjadi JYPE. Dia berhenti sekolah dan memulakan hidupnya sebagai pelatih, berpindah ke Korea Selatan di mana dia mengambil pelajaran akrobatik, seni mempertahankan diri, nyanyian, tarian dan rap.

Doyoung NCT

Doyoung NCT Berhenti Belajar

Semasa remaja, Doyoung menyertai kumpulan kebudayaan sekolahnya dan bermain seruling dalam pelbagai acara kebudayaan. Pada 2013, dia memenangi tempat pertama di Festival Seni Belia Gyeonggi, dan telah dilamar oleh S.M. Entertainment pada tahun yang sama.

Dia pernah mendedahkan bahawa dia telah berbohong kepada rakan-rakannya di sekolah menengah, memberitahu mereka bahawa dia akan berpindah ke Belanda sedangkan dia sebenarnya akan berhenti sekolah untuk mengejar impiannya sebagai ahli muzik dan penyanyi.

Liz IVE

Liz IVE Berhenti Belajar

Liz sebelum ini bersekolah di Sekolah Tinggi Cheongdam, tetapi dia memutuskan untuk berhenti sekolah dan mengambil GED. Sebelum penampilan sulungnya, dia muncul dalam muzik video ‘This Christmas’ Taeyeon pada tahun 2017. Selain mempunyai kemahiran vokal yang sangat baik, dia juga mempunyai kemahiran tarian yang luar biasa.
Dia menyertai Starship Entertainment ketika berusia 16 tahun.

Rosé BLACKPINK

Rose BLACKPINK Berhenti Belajar

Sama seperti yang lain, Rosé berhenti belajar kerana ingin fokus sepenuhnya kepada karier nanyian. Namun ada segelintir netizen berasa kesal kerana Rose tidak dapat menamatkan zaman sekolahnya. Tetapi ada juga netizen yang memahami dan mengagumi keputusan berani Rose untuk meninggalkan pembelajaran demi memenuhi impiannya.

Pilihan masing-masing….

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...