Ikuti Kami:

“Perasaan Jujur..” – Ji Hyunwoo Imbau Memori Percintaan Dengan Yoo Inna

“Perasaan Jujur..” – Ji Hyunwoo Imbau Memori Percintaan Dengan Yoo Inna

Sepertinya Ji Hyun-woo masih lagi terimbau dengan memori lama bersama Yoo In-na.

Ji Hyun-woo dan Im Soo-hyang, telah muncul dalam saluran YouTube ‘Zzanbro’ bagi mempromosikan drama lakonan mereka “Beauty And Mr Beast”. Tanya hos Shin Dong-yeop,

Saya dengar agak biasa bagi para pelakon untuk ada perasaan pada satu sama lain semasa bekerja bersama dalam sebuah projek. Adakah kamu pernah mempunyai perasaan untuk rakan sekerja tapi terpaksa menahannya atas pelbagai sebab. Tapi sekarang saya cuba untuk mencari tahu sama ada perasaan saya untuk orang itu adalah tulen atau sekadar kesan kerana bekerja bersama.

Jelasnya, sekiranya saya merindukan orang itu dan mahu meluangkan masa bersama meskipun projek sudah tamat, bermakna saya benar-benar ada perasaan pada mereka.  Jadi, sekarang saya cenderung menunggu sehingga projek selesai untuk melihat bagaimana perasaan saya ketika situasi berkenaan berlaku.

ji hyunwoo

Mendengarkan luahan Ji Hyun-woo itu, rata-rata peminat menyebut kembali mengenai kisah cinta antara Ji Hyun-woo dan Yoo In-na di mana mereka mengakui bercinta selepas sama-sama menerajui “Queen and I” dahulu. Pun begitu, selepas 2 tahun bercinta, kedua-duanya mengakui sudah berpisah pada 2014.

Kenang cinta lama ke tu?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   SPOTV News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...