Ikuti Kami:

“Perangai Budak-Budak” – Makin Panas, Ibu Bapa Buka Suara Dedah Bang Sihyuk Sering ‘Palau’ NewJeans Di Syarikat

“Perangai Budak-Budak” – Makin Panas, Ibu Bapa Buka Suara Dedah Bang Sihyuk Sering ‘Palau’ NewJeans Di Syarikat

Nampaknya, kontroversi antara NewJeans dan Bang Si-hyuk semakin ‘panas’.

Terbaru pada 13 Mei, ibu bapa kepada 5 ahli NewJeans telah menulis e-mel panjang kepada HYBE, bersuara tentang layanan tidak adil syarikat kepada kumpulan itu.

Selain bercakap tentang kumpulan lain yang secara sengaja memplagiat NewJeans, e-mel itu turut mendedahkan bahawa Bang Si-hyuk iaitu Pengerusi Hybe Corporation sering mengabaikan Min-ji, Hanni, Hae-rin, Danielle dan Hye-in.

Kami tertanya-tanya mengapa Bang Si-hyuk sering mengabaikan ahli NewJeans dan sapaan mereka, setiap kali dia terserempak dengan mereka di syarikat itu.

Pertama, kami mempunyai keraguan apabila kami mendengar dari anak-anak dan bertanya kepada mereka beberapa kali. Bagaimanapun, perkara ini dah berlaku banyak kali dan mereka sering terserempak jadi, mesti dia kenal bahawa itu adalah NewJeans.

newjeans

Sambung e-mel itu lagi,

Walaupun dia tidak tahu bahawa mereka adalah NewJeans, ia adalah sewajarnya untuk membalas ucapan salam seseorang kan? Adakah begitu sukar untuk bertukar salam dalam syarikat itu? Bang Si-hyuk asyik berpura-pura untuk tidak melihat mereka dan mereka berasa malu kerana sering diabaikan. Sebagai ibu bapa, ini adalah sukar untuk dipercayai dan kami terkejut dengan perangai kebudak-budakan ini. Mereka semua hanyalah anak-anak yang masih berumur sekolah menengah.

Dalam pada itu, ibu bapa ahli juga dengan tegas meminta agar CEO ADOR iaitu Min Hee-jin, yang bertanggungjawab untuk menguruskan NewJeans, melindungi nilai jenama kumpulan itu dan mengambil langkah sewajarnya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Daily Sports

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...