Ikuti Kami:

“Hantar Je Masuk Tentera” – Caci BTS, HYBE Dedah Min Heejin Sampai Minta Nasihat Bomoh Untuk Kawal Syarikat

“Hantar Je Masuk Tentera” – Caci BTS, HYBE Dedah Min Heejin Sampai Minta Nasihat Bomoh Untuk Kawal Syarikat

Makin menjadi-menjadi nampaknya isu mengenai Min Hee-jin dan Bang Si-hyuk.

Terbaru pada 25 April, HYBE telah mengeluarkan satu laporan yang mendakwa pengasas ADOR iaitu Min Hee-jin telah dikawal oleh bomoh. Menurut sumber, wanita itu akan mendapatkan nasihat daripada bomoh tentang cara menguruskan syarikatnya.

Selain itu, juga dilaporkan bahawa dia telah membincangkan tentang perkhidmatan tentera BTS dan banyak lagi bersama bomoh tersebut, serta turut meminta nasihat sama ada dia harus menyokong untuk memasukkan mereka ke tentera atau tidak. Akhirnya, bomoh itu menasihatkan bahawa Min Hee-jin dan ADOR akan meraih banyak faedah sekiranya BTS tidak dapat pengecualian dari memasuki tentera.

min heejin

Berikut adalah perbualan antara Min Hee-jin dan dukun,

Min Hee-jin: Adakah BTS akan pergi ke tentera atau tidak?

Dukun: Mereka akan.

Min Hee-jin: Baiklah, lebih baik untuk saya jika BTS pergi tentera. Hantar mereka pergi LOL. Apa pendapat kamu?

Dukun: Saya akan menghantar mereka ke tentera. Bukannya mereka dapat pingas emas atau apapun.

Min Hee-jin: Saya rasa saya akan dapat untung jika mereka tiada di sini.

Lain macam ni sampai pakai dukun.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Asia Today

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...