Sebenarnya ramai mengetahui bahawa Jessi sebenarnya ialah seorang penyanyi yang berbakat besar.
Walau bagaimanapun, sejak mula membawa nama Jessi dari Jessica Ho (kumpulan Lucky J), sepertinya imej wanita itu yang lebih menjadi perhatian ramai berbanding suara uniknya tersebut.
Bahkan pada setiap persembahan, wanita itu yang turut aktif menyertai rancangan hiburan semakin berani menampilkan imej yang kurang konvensional dan melawan norma yang ditetapkan buat wanita.
Dilihat entri yang dimuat naiknya, meskipun ramai memberikan komen pujian buat fesyen seksi itu namun ada juga suara sumbang yang mempersoal mengenai ‘kerja’ sebenar Jessi.
View this post on Instagram
Kata seorang individu di Instagram,
Bukan seorang penyanyi yang popular kerana nyanyian, tapi popular kerana punggung dan payu dara.
Pun begitu, ramai yang ‘back up’ penyanyi itu dan mengatakan bahawa Jessi merupakan seorang yang berbakat dalam nyanyian.
Tak baik tau cakap macam tu..
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉