Tak sah lah kalau Jessi tak tampil seksi kan?

Terbaru, penyanyi rap bersuara besar itu telah menyertai acara fesyen jenama mewah Dolce & Gabbana.
Sentiasa tampil berlainan pada yang lain, Jessi dilihat mengenakan pakaian dalam dengan outerwear jarang berwarna kulit. Dengan bibir dioles gincu tebal dan solekan ‘smoky’, wanita itu kelihatan seksi dan elegan.
Dek pakaian jarang itu, peminat nyata kagum melihat bentuk ‘s-line’ yang diidami para wanita. Komen mereka yang terpersona melihat fizikalnya tanpa lemak, “Jessi pakai apa pun memang kena”.
View this post on Instagram
Di acara itu, Jessi turut menghiasi pentas dan mempersembahkan beberapa lagu popularnya. Bukan itu sahaja, penyanyi solo itu kekal aktif menyertai pelbagai acara di dalam dan luar negara selepas menyertai Jay Park di bawak syarikat MORE VISION.
Dalam berita lain, penyanyi ini sudah pun melancarkan jenama kosmetik pertamanya digelar ‘UN2 BEAUTY’ dan ianya hadir dengan gincu matte dengan pelbagai warna.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉