Bab ‘fan service’, memang Jessi paling tip top lah!
Terbaru, tindakan wanita itu yang tidak lekang daripada cuba untuk berinteraksi dengan peminat di bawah pentas ‘We Bridge Music Festival & Expo’ di Las Vegas menjadi bualan ramai.
Tidak kisah mengenai dirinya, penyanyi solo untuk sanggup memanjat bahu pengawal keselamatan dan mengambil risiko mendedahkan dadanya kerana ingin mencuba memeluk peminat di bawah.
View this post on Instagram
Peminat yang menerima pelukan itu nyata tidak mampu menyembunyikan rasa terujanya selain menangis apabila menerima layanan layanan baik daripada idolanya. Bukan itu sahaja, Jessi dilihat ‘berjuang’ untuk naik semula ke atas dek pentas yang agak tinggi buatnya.
Bahkan dia dilihat membetulkan baju di bahagian dada dalam video itu selepas berdiri dan berseloroh mengenai hal itu.
Walaupun perlu bersusah payah, wanita itu hanya tersenyum apabila merangkak di atas pentas bagi menstabilkan dirinya daripada ‘fan service’ yang memerlukan tenaga yang hebat itu. Ternyata ianya bermakna apabila peminat di lokasi itu dan di rumah memuji layanan luar biasa Jessi buat peminat yang disayanginya.
Lain macam tau ‘fan service’ Jessi!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉