Ikuti Kami:

Penyanyi Lelaki Lari Dari Tanggungjawab, Wanita Kongsi Kisah Perit Ditinggalkan Kekasih

Penyanyi Lelaki Lari Dari Tanggungjawab, Wanita Kongsi Kisah Perit Ditinggalkan Kekasih

Baru-baru ini, seorang wanita telah membuat pendedahan mengejut mengenai bekas kekasihnya.

Menerusi program “Unpredictable Fortunetellers”, seorang wanita berkongsi kisah tentang bekas teman lelakinya. Pada awalnya dia berkata,

Saya membela 6 ekor anak anjing. Masalahnya ialah ia membuatkan saya letih dan teman lelaki saya berpura-pura tidak mengambil tahu tentang perkara itu dan menyerahkan semua anak anjing kepada saya.

Mengenai bagaimana mereka bertemu, dia mendedahkan,

Kami bercinta selama kira-kira 3 tahun dan tinggal bersama selama 1 tahun setengah. Kami mula bercinta selepas bertemu menerusi aplikasi janji temu. Ketika itu, dia memberitahu bahawa dia tidak ada wang dan meminta kepada saya. Saya membelanjakan kira-kira 6-7 juta won untuknya. Ia adalah hubungan kontrak.

kbs unpredictable fortunetellers

Mengejutkan orang ramai, wanita itu memberitahu bahawa bekas teman lelakinya tersebut adalah seorang penyanyi dan juga telah melakukan promosi. Namun ketika mendedahkan nama pentasnya, pengacara Seo Jang-hoon menjawab,

Saya tidak kenal dia.

Sambung wanita itu lagi,

Saya menyesal bela banyak anjing kerana teman lelaki saya. Kami banyak bertengkar tentang masalah itu dan saya harap harap dia akan membantu saya tetapi dia hanya meninggalkan anjing itu dan berpisah dengan saya. Dia kata dia bosan dengan hubungan kami.

Kini, netizen telah cuba untuk meneka siapakah penyanyi lelaki yang dimaksudkan itu namun agak susah kerana petunjuk yang diberikan adalah sedikit dan tidak begitu jelas.

Siapalah agaknya tu..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...