Baru-baru ini, seorang pelakon wanita telah mendedahkan kelakukan biadab pelakon lelaki, ketika mereka merakam adegam ciuman.
Pada siaran 12 September program “Men On Fire”, pelakon Choi Yeo-jin telah muncul sebagai tetamu. Dalam episod itu, pelakon itu mengimbas kembali sewaktu dia berasa begitu marah dengan rakan pelakon lelaki ketika melakukan penggambaran drama.
Dia berkata pada awalnya,
Saya cuba untuk tidak mengungkit perkara ini. Pelakon lelaki itu mempunyai perangai buruk terhadap pelakon lain. Dia merokok sebelum rakam adegan ciuman. Apabila saya cuba kelihatan cantik di depan kamera, dia akan mencium dengan kuat dan saya akhirnya lebam teruk.
Sambungnya lagi dengan mendedahkan sikap kurang ajar pelakon lelaki misteri itu ketika di set,
Kami harus melakukan adegan romantik pada keesokan harinya jadi saya cuba memperbaiki hubungan dengannya. Tapi dia memberitahu saya ‘Noona, agensi saya sangat membenci awak’.
Tambah Choi Yeo-jin,
Bila pengarah beritahu dia tak boleh merokok ketika rakam adegan ciuman, dia terus marah dengan menyatakan dia tidak mahu menjadi pelakon bagus. Saya sangat kecewa sehingga saya mencarut padanya di depan pengarah.
Bagaimanapun, Choi Yeo-jin tidak memberitahu siapakah pelakon lelaki yang dimaksudkan itu dan hanya berkongsi bahawa dia sudah ‘menghilang’ dalam industri kini.
Siapalah agaknya tu eh?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.