Ikuti Kami:

Penyanyi Lelaki Ini Dijatuhkan Hukuman Penjara Dek Tipu Teman Wanita Lebih RM200K

Penyanyi Lelaki Ini Dijatuhkan Hukuman Penjara Dek Tipu Teman Wanita Lebih RM200K

Siapalah agaknya penyanyi yang telah dijatuhkan hukuman penjara kerana penipuan?

Terbaru menerusi siaran 4 September program JTBC “Crime Chief”, seorang penyanyi berusia 40-an telah dijatuhi hukuman penjara setahun kerana menipu teman wanitanya dengan beratus ribu ringgit.

Untuk pengetahuan, penyanyi itu dikatakan telah memulakan kerjaya pada pertengah 90-an dan merupakan seorang penyanyi serta pelakon. Menurut mangsa, mereka mula berkenalan pada November 2018 dari seorang kenalan.

Sewaktu awal berjumpa, mangsa mendedahkan bahawa lelaki itu menjalankan perniagaan membuka bar wain di Seoul. Namun selepas 3 bulan bercinta, penyanyi itu meminta wang darinya kerana dikatakan mengalami masalah kewangan dan mangsa terus memberikannya $52,400 USD (RM244,315).

Selepas berpisah, penyanyi tersebut enggan memulangkan kembali wang itu dan menuduhnya,

Bilakah saya meminta untuk meminjam wang? Bukankah awak memberi saya wang itu kerana awak mahu? Saya tidak pernah meminta untuk meminjam wang.

jtbc crime chief

Apa yang lebih teruk, mangsa juga mengetahui bahawa penyanyi itu sebenarnya tidak memiliki bar wain dan dia juga telah curang dengan seorang wanita 15 tahun lebih muda.

Akhirnya, mahkamah berpihak kepada mangsa dan menjatuhkan hukuman penjara selama setahun kepada lelaki itu. Kini, penyanyi itu telah membuat rayuan dan kedua-duanya sedang menunggu perbicaraan seterusnya.

Siapalah agaknya lelaki itu?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...