Baru-baru ini, Jung Il-woo telah membuat pendedah mengejut mengenai dirinya.
Pada 2 September, Jung Il-woo telah muncul dalam program “Captain Kim’s Plane Took Off!”, di mana dia ada berkongsi tentang penyakitnya.
Dia memberitahu,
Saya telah didiagnosis dengan aneurisma otak pada usia 27 tahun. Apabila doktor memberitahu tentang penyakit saya, dia memberi amaran ‘Memiliki sesuatu yang awak miliki adalah sama dengan memegang bom dalam tangan awak. Awak boleh mati bila-bila masa’.
Sambung pelakon lelaki itu lagi,
Saya sangat terkejut sehingga saya tidak dapat keluar dari rumah selama berbulan-bulan selepas diagnosis. Saya begitu terkejut.
Kemudian, dia akhirnya perlahan-lahan menerima realiti dan berkongsi,
Saya tidak dapat menerimanya ketika itu. Sejujurnya saya tidak boleh. Tetapi, apa yang saya boleh lakukan kan? Ini badan saya dan ia apa yang saya ada. Saya cuba menerimanya. Saya mendapat pemeriksaan rutin setiap 6 bulan untuk mengesan sebarang perkembangan.
Semoga yang baik-baik sahaja buat Jung Il-woo.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.