Ikuti Kami:

Penyanyi Gandingan Masih Dirahsiakan, Ravi VIXX Lancar Imej Teaser Single Terbaru ‘Bye’

Penyanyi Gandingan Masih Dirahsiakan, Ravi VIXX Lancar Imej Teaser Single Terbaru ‘Bye’

Sebelum ini, kita dengar ura-ura mengenai Ravi yang sedang menyiapkan lagu terbarunya. Ha rasa-rasa tu betul ke tidak…

Perkara itu sememangnya betul lah korang! Akhirnya, Ravi bakal keluarkan single terbarunya, “Bye”.

Menurut agensinya, GROOVL1N memuat naik satu imej teaser bagi single Ravi yang akan datang. Berdasarkan imej teaser yang dimuat naik, tema lagu itu mula menjadi teka-teki peminat. Ada yang mula mengatakan bahawa lagu tersebut akan menjadi satu lagu balada yang tenang atau sebaliknya.

https://twitter.com/GROOVL1N_GTCK/status/1557290664290684928

Namun, lagu Ravi ini masih terdapat satu teka-teki di mana jika dilihat pada poster tersebut, penyanyi gandingan untuk lagu ini masih belum diberitahu. Nampak gayanya, masih ada kejutan daripada Ravi lah selepas ini!

Single baru Ravi, “Bye” dikatakan akal dilancarkan menerusi pelbagai platform muzik bermula 15 Ogos ini.

Ha, korang tunggu update seterusnya okay!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...