Ikuti Kami:

Ravi VIXX Kongsi Perkembangan Terbaru Selepas Keluar Dari ‘2 Days 1 Night’

Ravi VIXX Kongsi Perkembangan Terbaru Selepas Keluar Dari ‘2 Days 1 Night’

Ravi VIXX baru-baru ini tampil dalam satu sesi penggambaran bersama jenama terkenal Harper’s Bazaar, malah sempat berkongsi perkembangan terkini selepas keluar dari program rancangan hiburan “2 Days 1 Night”.

Pada Mei lalu, Ravi tidak lagi menjadi teraju utama dalam program rancangan hiburan “2 Days 1 Night” dek kerana dia perlu mempersiapkan diri untuk perkhidmatan ketenteraannya tidak lama lagi.

Dalam satu sesi temu bual untuk jenama terkenal tersebut, Ravi berkongsi mengenai perkembangan terbaru dirinya. Dia berkata,

Saya sudah menamatkan konsert saya di Amerika Syarikat tidak lama dahulu dan saya kini berkerja keras dengan aktiviti akan datang setelah pulang ke Korea. Saya kini sedang mengusahakan lagu untuk Wheen dari MAMAMOO dan sedang menyiapkan album terbaru saya yang akan dilancarkan nanti. 

raviApabila ditanya mengenai waktu yang dia perolehi untuk berehat, dia malah menjawab,

Itu tidak menjadi masalah buat saya jika tidak berehat kerana saya seorang yang suka berkerja. 

Dia turut menambah,

Saya rasa, saya juga seorang yang tamak. Secara jujurnya, saya sudah pun mencapai kejayaan lebih dari apa yang saya inginkan dengan kemahiran yang saya memang ada sejak kecil. Sudah 10 tahun berlalu, dan saya masih begitu. Dek kerana kesibukkan saya, saya kini mengalami kepenatan dan gangguan panik.

Pun begitu, saya masih mahu melihat sejauh mana lagi saya boleh pergi. Impian saya adalah untuk menjadi seorang lagenda. 

ravi

Sedih kan Ravi dah tak join “2 Days 1 Night”? Tapi nak buat macam mana… dah nak masuk lapor diri. Semoga Ravi terus berjaya dengan perancangan masa depan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...