Berbaki lagi 2 episod, peminat telah menemui petanda bahawa “Queen Of Tears” akan mempunyai penghakhiran bahagia.
Pada 22 April, tvN telah memuat naik video teaser bagi episod 15 “Queen Of Tears” yang akan ditayangkan pada 27 April ini.
Di mana, video itu menunjukkan Hong Hae-in (Kim Ji-won) kehilangan ingatan selepas menjalani pembedahan dan terpisah dengan suaminya selepas Baek Hyun-woo (Kim Soo-hyun) ditahan diatas tuduhan membunuh.
Namun, ingatannya terhadap Baek Hyun-woo mula pulih sedikit-demi sedikit selepas dia teringat akan beberapa memori mengenai suaminya itu. Malah, Hong Hae-in juga telah didapati pergi ke satu farmasi.
Tidak berhenti di situ, di penghujung teaser tersebut Hong Hae-in telah dilihat berjumpa dengan Baek Hyun-woo di penjara. Di mana, babak tersebut telah meningkatkan lagi jangkaan penonton.
[15화 예고]
수술 후 결국 기억을 잃어버린 해인😥
은성은 그 틈을 타 해인의 옆자리를 차지하고…
과연 현우는 은성의 함정에서 벗어나
해인을 다시 지켜낼 수 있을까? (☍д⁰)[토일] 밤 9:20 | tvN#눈물의여왕 #QueenofTears#tvN #tvN에서봐 #스트리밍은TVING pic.twitter.com/xpTh4slVu1
— tvN drama (@CJnDrama) April 21, 2024
Meskipun terdapat beberapa babak yang menyesakkan dalam teaser tersebut, penonton serta peminat mendapati bahawa penulis drama itu iaitu Park Ji-eun telah meninggalkan dua butiran ini (babak farmasi dan penjara) sebagai petunjuk untuk pengakhiran bahagia buat Baek Hyun-woo dan Hong Hae-in.
Korang yang tonton video tu rasa macam mana?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.