tvN dilapor akan menganjurkan percutian buat semua staf serta pelakon “Queen Of Tears”.
Pada 22 April, wakil dari pasukan produksi “Queen Of Tears” telah berkongsi bahawa mereka sedang di dalam perbincangan untuk mengadakan percutian bersama buat semua pelakon serta staf produksi drama tersebut.
Malah, terdapat juga laporan yang mengatakan bahawa mereka merancang untuk menganjurkan parti penutup bagi meraikan kejayaan “Queen Of Tears”.
Wakil dari tvN berkata,
Ganjaran percutian buat semua staf dan pelakon akan dibincangkan selepas drama ini tamat.
Tambahnya,
Manakala, buat parti penutup pula kami masih lagi sedang membincangkan tarikh yang sesuai.
Terlebih dahulu, pasukan produksi “Queen Of Tears” sudah pun mengadakan parti penutup bagi meraikan penggambaran terakhir drama itu.
Kini, dengan berbaki lagi 2 episod, semua mata tertumpu sama ada “Queen Of Tears” akan berjaya melepasi rekod rating sebanyak 21.683% yang dipegang oleh “Crash Landing On You” sebagai drama tvN dengan rating tertinggi atau tidak.
Mesti comel kan kalau mereka bercuti bersama!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.