Ikuti Kami:

Penuh Saingan! Lebih 20 Penyanyi Akan Comeback Bulan Mac Ini

Penuh Saingan! Lebih 20 Penyanyi Akan Comeback Bulan Mac Ini

Siap sedia semua!

Pada bulan Februari lepas, kumpulan seperti NMIXX dan VIVIZ telah berjaya membuat debut mereka dengan lagu “O.O” dan “BOP BOP!”. Pada bulan Mac ini pula, akan ada lebih 20 penyanyi yang akan membuat kemunculan semula dengan konsep pelbagai, yang amat dinanti-nantikan.

Jom lihat senarai kumpulan K-Pop dan penyanyi solo yang akan kembali pada bulan ini:

Kim Wooseok – 7 Mac

Kim Woo-seok telah kembali dengan mini album “3RD DESIRE [Reve]” dengan judul lagu “Switch”. Dengarkan di atas!

WEEKLY – 7 Mac

Selepas lagu hit mereka “After School”, WEEKLY kini kembali dengan konsep baharu dalam album “Play Game:AWAKE”, bersama judul lagu “Ven Para”. Dengarkan di atas!

Sunmi – 8 Mac

sunmi oh sorry ya

Sempena meraikan Hari Wanita Antarabangsa, Sun-mi baru sahaja mengeluarkan single baharunya berkolaborasi bersama Spotify iaitu “Oh Sorry Ya”, yang hanya boleh didengari di laman strim Spotify!

Jay Park – 11 Mac

jay park iu ganadara

Kolaborasi yang tidak disangka-sangka! Jay Park akan mengeluarkan single pertamanya “GANADARA” di bawah agensi baharu, yang akan menampilkan penyanyi solo popular IU. Nantikan 11 Mac ini jam 5 petang!

Park Bom – 11 Mac

Park Bom akan kembali dengan lagu “Flower” yang turut menampilkan Kim Min-seok MELOMANCE, akan dikeluarkan secara rasmi pada 11 Mac ini jam 5 petang.

(G)I-DLE – 14 Mac

Setelah lama menyepi, peminat pasti amat menantikan keluaran muzik baharu dari (G)I-DLE. Sudah tidak lama lagi, kumpulan itu akan kembali dengan album penuh “I NEVER DIE” pada 14 Mac ini jam 5 petang. Jangan lupa sokong tau!

BRAVE GIRLS – 14 Mac

brave girls thank you

Dengan penampilan mereka dalam program Mnet “Queendom 2”, BRAVE GIRLS akan kembali dengan mini album baharu “THANK YOU”!

Kang Seungyoon WINNER – 14 Mac

kang seungyoon born to love you

Kang Seung-yoon atau Yoon dari kumpulan WINNER akan menemui peminat dengan single solonya yang baharu berjudul “Born To Love You”. Sekadar info, single itu telah ditulis dan dikarang bersama Bang Ye-dam TREASURE. “Born To Love You” boleh mula didengari di pelbagai laman muzik pada 14 Mac ini jam 5 petang!

Kihyun MONSTA X – 15 Mac

kihyun monsta x voyager

Ki-hyun MONSTA X akan membuat debutnya sebagai penyanyi solo dengan single album pertama “VOYAGER” pada 15 Mac ini jam 5 petang!

NU’EST – 15 Mac

nuest needle & bubble

Menyedihkan apabila album NU’EST akan datang ini “Needle & Bubble” merupakan album terakhir kumpulan itu, selepas agensi mengumumkan bahawa mereka akan dibubarkan, selepas tamatnya kontrak dengan agensi Pledis Entertainment. Jangan lupa sokong album terakhir NU’EST tau pada 15 Mac ini jam 5 petang!

Moonbin x Sanha ASTRO – 15 Mac

moonbin x sanha

Moon-bin & San-ha dari kumpulan ASTRO mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan album mini kedua “Refuge” pada 15 Mac ini. Walau bagaimanapun, kedua idola itu telah diuji positif COVID-19 hari ini, oleh itu, agensi akan memberi maklumat kemas kini mengenai aktiviti promosi kumpulan unit itu.

WEi – 16 Mac

WEi telah berkongsi teaser bagi muzik video akan datang yang membawa konsep yang sangat cerah, berwarna-warni dan bertenaga untuk “Too Bad”, iaitu lagu utama dalam album mini mereka “Love Pt.1 : First Love”!

Junsu – 16 Mac

Selepas membuka agensinya sendiri PALMTREE ISLAND pada bulan lepas, Kim Jun-su atau juga dikenali sebagai XIA, bekas ahli TVXQ, akan mengeluarkan album baharu pada bulan Mac ini dan akan mengadakan konsert secara bersemuka untuk berkomunikasi dengan peminat di Korea dan di luar negara.

Solar MAMAMOO – 16 Mac

Solar MAMAMOO akan kembali dengan mini albumnya berjudul “FACE”. Album ini mempunyai sejumlah lima lagu, tiga daripadanya digubah oleh Solar, dan empat daripadanya dia menulis lirik untuknya. Lagu-lagu itu termasuk “RAW”, lagu tajuk “HONEY”, “chap chap”, “Big Booty” dan “zinggle zinggle”. Jangan lupa 16 Mac ini jam 5 petang!

STRAY KIDS – 18 Mac

Dengan kemunculan terakhir mereka dengan single “Christmas EveL”, STRAY KIDS akan kembali menemui peminat dengan album “ODDINARY” serta judul lagu “MANIAC”. Selain itu, STRAY KIDS juga telah mengumumkan bahawa mereka akan memulakan jelajah dunia 2022 mereka di beberapa negara. Lihat di sini!

RED VELVET – 21 Mac

red velvet comeback

REVELUV mesti teruja kan? RED VELVET akan membuat kemunculan semula dengan “The ReVe Festival 2022 – Feel My Rhythm”. Beberapa foto teaser menarik telah didedahkan yang mana telah menambahkan keterujaan peminat untuk keluaran muzik baharu oleh kumpulan itu. Nantikan 21 Mac ini jam 5 petang!

HIGHLIGHT – 21 Mac

HIGHLIGHT, yang juga dikenali sebagai BEAST sebelum ini, turut sertai barisan penyanyi yang akan kembali dengan album baharu pada bulan ini. Kumpulan itu akan mengeluarkan album penuh pertama mereka “DAYDREAM” pada 21 Mac jam 5 petang ini, juga menandakan kemunculan semula pertama mereka dalam lebih 10 bulan.

CRAVITY – 22 Mac

cravity comeback

Berikutan penangguhan kemunculan semula CRAVITY yang akan datang selepas beberapa ahli disahkan positif COVID-19, kumpulan itu telah kembali dengan foto teaser yang serba baharu! “LIBERTY: IN OUR COSMOS”, bahagian kedua album pertama mereka akan dikeluarkan pada 22 Mac ini jam 5 petang!

NCT DREAM – 28 Mac

Siap sedia NCTzen, NCT DREAM akhirnya kembali! Kumpulan itu akan kembali dengan album penuh kedua mereka “Glitch Mode” pada 28 Mac ini, menandakan kemunculan semula pertama mereka dalam sembilan bulan.

OH MY GIRL – 28 Mac

Kemunculan terakhir OH MY GIRL adalah dengan lagu “Dun Dun Dance” yang telah meraih perhatian peminat K-Pop seluruh dunia. Pada bulan ini, kumpulan itu akan kembali dengan album kedua mereka “Real Love”.

Younha – 30 Mac

younha end theory

Akhir sekali, penyanyi solo Youn-ha akan kembali dengan “END THEORY: Final Edition” album pembungkusan semula bagi “END THEORY”.

Siapa yang korang paling teruja?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...