Ikuti Kami:

Penuh Kontroversi Kini, Kenapa Insiden Babak Ranjang Han Sohee Dalam ‘My Name’ Tiba-Tiba Diungkit?

Penuh Kontroversi Kini, Kenapa Insiden Babak Ranjang Han Sohee Dalam ‘My Name’ Tiba-Tiba Diungkit?

Sepanjang minggu ini, nama Han So-hee terus menjadi sebutan ramai dek konflik hubungan bersama Ryu Jun-yeol selain dituduh melakukan ‘cinta transit’ dengan lelaki itu selepas hubungannya bersama bekas kekasih, Hyeri baru sahaja tamat.

Malah Han So-hee dilihat menyambut besar perpisahan bersama Ryu Jun-yeol apabila memuat naik satu gambar berkaitan dengan ‘penceraian’ di blog miliknya namun memadam entri berkenaan selepas 10 minit sahaja.

Pelik dengan sikap wanita itu yang kerap memberikan reaksi ‘mengundang’ terhadap kontroversinya, seorang individu telah memuat naik hantaran di laman komuniti Korea dengan tajuk ‘Masih ingat temubual Han So-hee tentang babak ranjang dalam ‘My Name’?

Berlaku pada tahun 2021, pelakon wanita itu mendedahkan bahawa dia hanya diberitahu tentang rakaman adegan intim tersebut ketika di set lokasi penggambaran hingga pengarahnya, Kim Jin-min dibanjiri kritikan keras penonton kerana dituduh tidak mendapat persetujuan awal dari pelakon untuk merakam babak sedemikian. Malah isteri Kim Jin-min yang juga merupakan seorang pelakon turut terkena tempias apabila dikecam membiarkan rakan pelakon dilayan seperti itu.

han sohee my name

Pun begitu, selepas isu itu kian panas, baru lah agensi Han So-hee tampil menjelaskan bahawa rundingan awal mengenai babak ranjang itu sudah dibuat semasa tempoh pra-produksi drama berkenaan.

Komen para netizen selepas isu itu diungkit semula,

  • Kamu meminta penjelasan dari Hyeri kerana kamu sudah muak dengan kritikan? Adakah kamu tampil dan menerangkan mengenai kritikan buat pengarah?
  • Mengapa dia menutup mulut mengenai hal ini? LOL. Pengarah dan isterinya dikritik kerana tidak menjaga pelakon junior.
  • Wow, saya lupa mengenai hal ini. Pengarah itu dikecam teruk.
  • Saya tak tahu tentang penjelasan yang dibuat kemudian. Serius tak tahu..
  • Dia seorang yang memenatkan.

Macam-macam hal..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Nate Pann

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...