Cerita ni comel sangat!
Untuk pengetahuan, “Welcome To Samdal-ri” merupakan drama komedi romantik di mana, Jo Yong-pil (Ji Chang-wook) dan Cho Sam-dal (Shin Hye-sun) memainkan watak kawan zaman kanak-kanak yang membesar bersama di daerah Samdalri di Pulau Jeju.
Pada 21 Januari, drama percintaan itu melonjak ke rating penonton tertinggi sepanjang tayangannya untuk episod akhir.
Menurut Nielsen Korea, episod akhir “Welcome to Samdal-ri” mendapat purata penarafan seluruh negara sebanyak 12.3%, menandakan lonjakan hampir 2 peratus daripada episod sebelum ini.
Selain itu, rata-rata penonton meluahkan rasa puas hati dengan pengakhiran cerita ini ditambah pula dengan penampilan istimewa Kim Tae-hee, membuatkan drama itu menjadi trending di aplikasi X.
Min pun suka sangat tengok cerita ni..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.