“Running Man” sangat popular di seluruh dunia kerana setiap episod memberikan gelak ketawa kepada penonton.
Kali ini, KimchiDaily nak kongsikan 7 episod terbaik “Running Man” dan raih rating tinggi sepanjang tayangan.
Episod 103 (22.6%)
Episod ini antara yang terbaik dan meraih rating tertinggi kerana ia merupakan salah satu episod yang sangat kelakar. Lebih-lebih lagi apabila Noh Ya-seon menampilkan sisi dirinya yang sangat kelakar membuatkan penonton serta ahli gelak terbahak-bahak.
Episod 109 (22.7%)
Menampilkan dua atlet olimpik merupakan sesuatu yang seronok untuk rancangan realiti “Running Man”. Park Tae-hwan dan Son Yeon-jae adalah sebab besar mengapa episod ini popular.
Episod 120 (22.9%)
Menjadikan Park Shin-hye dan Lee Seung-gi sebagai tetamu untuk episod 120, adalah idea yang sangat baik. Penonton juga gembira melihat Lee Seung-gi disatukan bersama dengan Yoo Jae-suk kerana mereka sangat serasi dalam rancangan hiburan.
Episod 133 (23.1%)
Episod 133 merupakan antara yang menyeronokkan, di mana ahli “Running Man” serta artis jemputan pergi melancong ke Macau. Mereka mempunyai pengembaraan yang agak mencabar di sana dan penonton sangat menyukai cara Lee Dong-wook sebagai tetamu yang sangat sempoi.
Episod 119 (23.3%)
Ini adalah episod ikonik kerana beberapa tetamu yang sangat terkenal menjadi sebahagian daripada rancangan itu, seperti Ryu Hyun-jin. Episod ini juga diakhiri dengan permainan besbol, tetapi dengan peraturan gaya “Running Man” menjadikan ia persembahan yang sangat menarik.
Episod 124 (23.4%)
Sama seperti episod 119, beberapa selebriti popular menjadi tetamu dalam episod ini, iaitu Han Hyo-joo dan Go Soo. Episod ini membuatkan penonton ketawa, terutamanya apabila melihat sisi lain Han Hyo-joo yang lucu.
Episod 131 (23.6%)
Ini memberi sedikit keterujaan kepada bukan sahaja penoton tetapi ahli rancangan realiti itu. Hal ini kerana, Kim Joong-kook dianggap bertemu jodoh disebabkan Choo sung-hoon yang merupakan tetamu untuk episod ini. Selain itu, permainan ddakji yang menegangkan dan sengit turut menambah elemen menarik dalam episod ini.
Kalau tengah sedih, tengok “Running Man” mesti terus gembira.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.