Ikuti Kami:

“Mereka Unik..” – Penuh Dedikasi, Yoo Yeonseok Kaji Psikopat Sebenar Untuk Drama Thriller Baru

“Mereka Unik..” – Penuh Dedikasi, Yoo Yeonseok Kaji Psikopat Sebenar Untuk Drama Thriller Baru

Bukan sahaja seorang pelakon berbakat, Yoo Yeon-seok juga nampaknya seorang yang dedikasi untuk menjayakan wataknya.

Terbaru di Festival Filem Antarabangsa Busan, Yoo Yeon-seok telah berkongsi persiapannya untuk memainkan watak dalam drama barunya “A Bloody Lucky Day”.

Untuk pengetahuan, “A Bloody Lucky Day” mengikuti seorang pemandu teksi Oh Taek (Lee Sung-min) yang terperangkap dengan penumpang terakhirnya Hyuk-soo (Yoo Yeon-seok), yang sebenarnya adalah pembunuh.

Ketika sesi temu bual, pelakon lelaki itu memberitahu bahawa dia belajar kelakukan seorang psikopat dalam kehidupan sebenar untuk wataknya itu. Jelasnya,

Video yang saya tengok, di mana psikopat sebenar ditemu bual, ia mendedahkan sifat unik mereka seperti mata ‘tajam’ dan fokus apabila mereka bercakap. Saya berhasrat untuk memaparkan kesederhanaan yang ‘dingin’ dalam watak saya.

tving a bloody lucky day

Selain itu, Yoo Yeon-seok juga berkata bahawa dia sudah lama ingin menyertai drama genre thriller dan dia memang terpesona dengan watak itu.

Sementara itu, “A Bloody Lucky Day” akan mula bersiaran pada November ini.

Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...