Bagi membawa angin baru, program “How Do You Play” telah merombak ahlinya selepas berehat selama dua minggu.
Dalam episod terbaru ini, ahli lama iaitu Yoo Jae-suk, Haha, Park Jin-joo, Lee Yi-kyung dan Lee Mi-joo menyambut ahli baru iaitu Joo Woo-jae.
Ketika pembukaan, ahli lain meluahkan rasa risau melihatkan model itu yang kelihatan kurang sihat. Akuinya, dia tidak dapat tidur lena pada malam sebelumnya kerana berasa terbeban. usik Yoo Jae-suk,
Penonton tak harapkan apa-apa pun dari awak.
Bersambung dari situ, Yoo Jae-suk dilihat sering mengusik Joo Woo-jae dan bergurau pada waktu yang tepat sekaligus menimbulkan keserasian baru bersama.
Walau bagaimanapun, perubahan ini tetap tidak mampu menyelamatkan rating “How Do You Play?” di mana ia mencapai 3.2% iaitu lebih rendah dari episod sebelum ini (4.3%).
Apa kata korang?
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉