Jung Hae-in dilihat hadir ke konsert BLACKPINK?
Hari ini masuk hari kedua bagi konsert jelajah BLACKPINK, “BORN PINK” yang sudah bermula di Seoul, Korea. Melihat kepada muat naik artis-artis Korea,di laman media sosial mereka, ternyata ramai juga yang hadir memberi sokongan buat ahli-ahli BLACKPINK.
Paling menarik perhatian pada konsert hari kedua, adalah apabila kelihat Jung Hae-in turut hadir memberikan sokongan kepada BLACKPINK. Ke hadir untuk Jisoo…..
https://twitter.com/jungstar_1/status/1581624017009549312
Jung Hae-in memuat naik sekeping gambar melalui Instagram Story dan dia dilihat memegang ‘lightstick’ sertai turut memakai ‘merch’ rasmi BLACKPINK.
https://twitter.com/jissonnie/status/1581624535606259712
Dek kerana itu juga, peminat Jung Hae-in dan Jisoo menerusi drama “Snowdrop”, jadi mula tidak keruan melihat updatenya. Bukan itu sahaja, para pelakon “Snowdrop” yang lain juga dilihat hadir memberi sokongan buat Jisoo.
Comel je…
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.