Ikuti Kami:

Penonton Puji Kualiti Lakonan, Kenali Pelakon Berbakat Jung Jiso Dari ‘The Glory’

Penonton Puji Kualiti Lakonan, Kenali Pelakon Berbakat Jung Jiso Dari ‘The Glory’

Selepas muncul dalam “The Glory”, pelakon Jung Ji-so nampaknya semakin mendapat perhatian kini.

Bagi yang belum tahu, Jung Ji-so memainkan watak versi muda Moon Dong-eun (Song Hye-kyo) dalam drama “The Glory”, di mana dia dibuli dengan teruk dan dengan cara mengerikan di sekolah.

Dengan lakonannya yang berjaya meninggalkan impak hebat pada penonton, Jung Ji-so telah menerima banyak perhatian dan pujian, sekaligus meningkatkan popularitinya kini.

Jadi, dalam artikel kali ini, KimchiDaily ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai Jung Ji-so, dari naskhah yang pernah dibintanginya sebelum ini dan perkembangan kerjayanya.

jung jiso

Perkembangan kerjaya Jung Jiso

Jung Ji-so atau nama sebenarnya Hyun Seung-min, merupakan seorang pelakon Korea Selatan yang dilahirkan pada 17 September 1999.

Dia telah membuat debutnya sebagai seorang pelakon kanak-kanak menerusi drama 2012 “May Queen” dan menghidupkan watak versi muda Jang In-hwa (Son Eun-seo).

Kemudian, Jung Ji-so tampil dalam filem yang berjaya memenangi Anugerah Akademi iaitu “Parasite”. Mungkin ada yang tidak perasan bahawa pelakon itu memainkan watak sebagai Da-hye dalam filem berkenaan, iaitu anak perempuan Park Dong-ik, yang menerima tunjuk ajar dari Ki-woo (Choi Woo-shik).

actor jung jiso

Naskhah lain lakonannya

Selain itu, Jung Ji-so turut membintangi drama “Curtain Call” sebagai watak sampingan Seo Yon-hee.

Bukan itu sahaja, pelakon tersebut turut membuat kemunculan dalam drama popular lain seperti “Doom at Your Service”, “W” dan “The Cursed”.

Kemudian dalam siri “Imitation”, Jung Ji-so memegang watak utama sebagai Lee Ma-ha, iaitu seorang ahli kumpulan gadis K-Pop baru Tea Party. Drama ini diadaptasi daripada webtoon dengan nama yang sama, menceritakan kisah kehidupan idola di dalam industri seni.

Pada 2021, dia memainkan watak sebagai malaikat dalam “Hellbound”, yang memberitahu orang ramai tentang hari kematian mereka. Wajahnya di’CGI’kan menjadi seorang bidadari, dengan bentuk mukanya yang samar-samar kelihatan.

Menerusi video dikongsi Netflix, Jung Ji-so melakonkan ekspresi dan suara malaikat, dengan penanda titik dilukis di seluruh wajahnya.

jung jiso

Anugerah yang dimenanginya

Berkat corak lakonannya yang meyakinkan, Jung Ji-so telah berjaya merangkul beberapa anugerah.

Pada 2020, Jung Ji-so telah membawa pulang anugerah bagi kategori ‘Persembahan Cemerlang oleh Pelakon’ menerusi filem “Parasite”.

Kemudian pada 2022, dia juga telah memenangi anugerah ‘Pelakon Baru Terbaik’ untuk lakonannya dalam “Curtain Call”.

Memang layak Jung Ji-so semakin dikenali, kan?

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...