Utama Drama Korea Muka Versi Remaja & Dewasa Sama, Penonton Puji Pemilihan Pelakon Untuk ‘The...

Muka Versi Remaja & Dewasa Sama, Penonton Puji Pemilihan Pelakon Untuk ‘The Glory’

netflix the glory

Merupakan antara drama yang paling popular kini, pasti ramai yang sudah menonton drama “The Glory” di Netflix, kan?

Bagi yang belum tahu, “The Glory” membawa kisah Dong-eun (Song Hye-kyo) yang dibuli di sekolah hingga menyebabkan dia terpaksa melupakan impian untuk menjadi arkitek. Apabila sudah dewasa, wanita itu menjadi guru kelas kepada anak-anak pembulinya dan dia mula merencana pelan untuk membalas dendam.

Terbaru, pasukan “The Glory” telah menerima pujian penonton kerana berjaya memilih pelakon yang menggambarkan watak untuk versi remaja dan dewasa, dengan persamaan yang ketara.

Meskipun versi remaja dan dewasa dimainkan oleh pelakon yang berbeza namun, ekspresi dan aura yang dibawa mereka mempunyai persamaan yang layak diiktiraf.

Antara komen yang ditulis penonton:

Persamaan antara pelakon untuk versi remaja dan dewasa memang sempurna.

 

Memang serupa muka pelakon, mimik muka pun on point!

 

Pemilihan pelakon yang hebat.

Bukan setakat muka, aura pun nampak sama, kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

SUMBERTwitter
Loading...