Pejam celik pejam celik, tamat sudah tayangan “The Good Bad Mother” kini.
“The Good Bad Mother” adalah drama menyentuh hati, yang mengisahkan tentang ibu dan anak yang mencari kebahagiaan sejati, membuatkan penonton ketawa serta menitiskan air mata.
[Amaran SPOILER]
Dalam episod akhir ini, Kang-ho (Lee Do-hyun) berjaya membuktikan kesalahan Tae-soo (Jung Woong-in) dan Woobyeok lantas memenangi perbicaraan tersebut. Namun apa yang menyedihkan apabila Young-soon (Ra Mi-ran) yang bergembira menyambut kemenangan anaknya meninggal di sisi lelaki itu semasa tidurnya pada malam tersebut.
Dengan ucapan ‘jumpa lagi’, Kang-ho meneruskan tradisi keluarganya dengan meneruskan penjagaan ladang ternakan khinzir mereka dan melamar Mi-joo (Ahn Eun-jin) dan menikmati hidup bahagia bersama si kembar, Ye-jin (Ki So-yu) dan Seo-jin (Park Da-on).
Disebabkan oleh kepopularitian “The Good Bad Mother”, episod akhirnya berjaya meraih rating terbaik sepanjang tayangan dengan catatan 12%. Malah ia mencatatkan rekod terbaik bagi slot tayangan Rabu-Khamis dalam sejarah JTBC.
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉