Ikuti Kami:

Penonton Panik Genre ‘Twenty Five, Twenty One’ Ditukar Dari ‘Komedi Romantik’ Ke ‘Melodrama’

Penonton Panik Genre ‘Twenty Five, Twenty One’ Ditukar Dari ‘Komedi Romantik’ Ke ‘Melodrama’

Berdebar betul tonton “Twenty Five, Twenty One” kan?

Meskipun memaparkan kisah romantik antara muda-mudi yang mengejar cita dan cinta, tapi penonton tak dapat menenangkan perasaan apabila kurang pasti mengenai apakah kesudahan Na Hee-do (Kim Tae-ri) dan Baek Yi-jin (Nam Joo-hyuk) sebenarnya.

Bagi yang menonton, pastinya semua tertanya-tanya mengenai siapakah Baek Yi-jin apabila dia tua nanti. Meskipun Na Hee-do versi tua dilakonkan oleh pelakon muzikal Kim So-hyun namun kelihat Baek Yi-jin langsung tidak kelihatan malah sepertinya anak wanita itu iaitu Kim Min-chae tidak mengenali lelaki itu walaupun pernah melihat gambarnya.

twenty five twenty one

Disebabkan itu, timbul pelbagai persoalan sama ada Na Hee-do dan Baek Yi-jin sudah pun berpisah ataupun mungkin lelaki itu sudah pun tiada kini.

Para penonton bertambah panik menantikan perkembangan plot “Twenty Five, Twenty One” memandangkan carian drama itu di Wikipedia berubah daripada ‘komedi romantik’ sebelum ini kepada ‘melodrama’ kini.

twenty five twenty one

Seperti yang semua tahu, komedi romantik biasanya tamat dengan pengakhiran bahagia namun melodrama kadang-kadang memaparkan ending sedih seperti kematian ataupun perpisahan antara pasangan utama.

Apa pun, sama-sama kita nantikan episod akan datang “Twenty Five, Twenty One”.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...