Utama Drama Korea “Nama Depan Anaknya Kim Bukan Baek” – Klu ‘Twenty Five Twenty One’...

“Nama Depan Anaknya Kim Bukan Baek” – Klu ‘Twenty Five Twenty One’ Buat Peminat Tak Tentu Arah

twenty five twenty one

Ramai yang sedang seronok menonton “Twenty Five, Twenty One” kan?

Sudah memasuki 4 episod, drama berkenaan membuatkan penonton terkesima dengan pendedahan mengenai hubungan beberapa wataknya pada masa hadapan.

Menggunakan teknik penceritaan masa kini dan masa lalu, kesemua menyangka bahawa Baek Yi-jin (Nam Joo-hyuk) dan Na Hee-do (Kim Tae-ri) bakal bersama nanti, justeru Kim Min-chae (Choi Myung-bin) merupakan anak mereka yang melalui imbasan masa lampau menerusi diari ibunya.

[Amaran SPOILER]

Walau bagaimanapun, dalam episod terbaru ini, anak tersebut kelihatan keliru melihat gambar lama ibunya, Na Hee-do bersama rakan-rakannya. Malah gadis itu sepertinya baru pertama kali melihat wajah Baek Yi-jin sekaligus menepis jangkaan bahawa Na Hee-do dan Bae Yi-jin akan bersama nanti. Tak kan anak sendiri tak kenal wajah ayahnya kan?

Dalam pada itu, perbualan antara Na Hee-do dan ibunya membuatkan ramai semakin sangsi dengan pengakhiran drama ini. Hal ini kerana ibunya mengatakan bahawa dia ada berjumpa Baek Yi-jin pada bulan lalu dan Na Hee-do sepertinya terkejut dengan perkongsian wanita tua itu. Ada yang menebak bahawa ibu Na Hee-do menggambarkan bahawa dia menziarahi perkuburan lelaki itu. Serius lah?

Bukan itu sahaja, nama anaknya iaitu Kim Min-chae turut menjadi perdebatan ramai memandangkan nama keluarga Baek Yi-jin ialah ‘Baek’ dan bukannya ‘Kim’.

tvn twenty five twenty one

Menerusi pendedahan tersebut, ramai yang meneka bahawa Na Hee-do dan Baek Yi-jin tidak bersama pada akhirnya dan berkemungkinan Kim Min-chae ialah anak hasil perkahwinan wanita itu bersama lelaki lain.

Komen penonton,

Tak.. kenapa ianya bukan Baek Yi-jin. Penulis, saya tak kisah awak nak paksa macam mana, bagi lah Hee-do dan Yi-jin menjadi.

 

Saya tak rasa mereka akan bersama, apa pun jangan matikan Yi-jin sahaja.

 

Tak boleh kalau bukan Yi-jin. Entah-entah nama Kim Min-chae sebenarnya Baek Min-chae.

 

Cara ibunya bercakap, sepertinya dia bukan menantunya. Kenapa dia tak berkahwin dengan Hee-do agaknya?

 

Apalah yang jadi dengan Yi-jin pada masa hadapan? Tolonglah bersama dengan Na Hee-do.

Ghisau! Bagaimana pula pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

SUMBERNaver TV
Loading...