Ikuti Kami:

Penonton Mengadu, Ini Sebab ‘Running Man’ Terima Amaran Dari Suruhanjaya Penyiaran

Penonton Mengadu, Ini Sebab ‘Running Man’ Terima Amaran Dari Suruhanjaya Penyiaran

Tidak semena-mena, “Running Man” diberikan amaran penalti kerana melanggar undang-undang.

Suruhanjaya Penanda Aras Komunikasi krea (KCSC) telah menjalankan sesi pleno di Pusat Penyiaran di  Mok-dong, Yangcheon-gu, Seoul pada 26 September dan memutuskan amaran penalti buat 5 program termasuklah “Running Man”.

Menurut KCSC, program SBS itu menerima ‘peringatan’ kerana kandungan penyiaran yang menekankan secara berlebihan babak merasa (tasting) untuk produk pengiklanan tidak terus (PPL) menerusi perbualan ahli dan sari kata. Perbuatan ini sekaligus menyekat fokus penonton dek program ini yang menyebut nama syarikat dan produk.

sbs running man

Maklumat amaran perundangan untuk program ini disertakan dalam laporan penilaian penyiaran dan digunakan sebagai data untuk perlesenan semula syarikat penyiaran dan penilaian kelulusan setiap 3 tahun.

Kata netizen yang merupakan penonton “Running Man”,

‘Running Man’ terlalu banyak PPL. Kalau lah ia menghiburkan, saya boleh memahaminya. Tapi, keseronokan itu mula berkurang. Terdapat banyak selingan dan pengiklanan tidak terus (PPL) berbanding program lain, jadi saya kurang menonton program ini sejak kebelakangan ini.

Hmmm.. apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...