Ikuti Kami:

Penonton Marah, ‘Running Man’ Dikecam Dek Sari Kata Kontroversi Ini

Penonton Marah, ‘Running Man’ Dikecam Dek Sari Kata Kontroversi Ini

Tak semena-mena, “Running Man” tiba-tiba dikritik oleh netizen dek satu kesalahan ini.

Kisah bermula apabila sebuah entri bertajuk ‘Status terkini sari kata Running Man selepas mengubah ke PD wanita’ dimuat naik di laman komuniti Korea.

Dalam entri itu, ianya memaparkan babak Jeon So-min mengarahkan lakonan pasangan bersama Yang Se-chan. Dia tiba-tiba tampil dengan patung katak dan berlakon babak di mana mereka merupakan pasangan baru berkahwin yang baru sahaja melahirkan anak.

Kata Yang Se-chan selepas melihat wanita itu sambil memangku patung di lengan,

Dia dah bermula lagi..

running man

Seloroh ahli lain,

Awak baru lahirkan anak ke? Awak lahirkan katak? Apa kena dengan dia?

Semasa lakonan itu, pihak “Running Man” telah meletakkan sari kata ‘Emak katak yang merupakan ibu tunggal’.

Jeon So-min kemudian membuat kelakar dengan mengatakan,

Kami jadi seperti itu… dalam sekelip mata.

running man

Komen penonton apabila melihat sari kata ‘ibu tunggal’,

Bukankah sudah sampai masanya ‘Running Man’ mengucapkan selamat tinggal.

 

Ianya tak best langsung.

 

Saya menyumpah semasa menonton semalam.

Komen individu lain yang tidak faham dengan kritikan ini,

Saya mendengar radio setiap hari dan perkataan ‘ibu tunggal’ sering digunakan. Kadang-kadang lelaki yang menghantar cerita mengenai ‘ibu bapa tunggal’. Adakah ini perkataan yang tak boleh disebut?

Pun begitu, netizen menunding jari pada PD wanita itu,

Akhirnya, PD utama yang mengesahkannya. Jadi, memang salah dia bahawa sari kata tidak disuntung dengan baik.

Ala sekadar gurauan kan..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...