Ikuti Kami:

Penonton Kecewa Dek Heroin Akan Ditukar? Namgoong Min Beri ‘Hint’ Bahagian 2 ‘My Dearest’

Penonton Kecewa Dek Heroin Akan Ditukar? Namgoong Min Beri ‘Hint’ Bahagian 2 ‘My Dearest’

Selepas 10 episod, bahagian pertama “My Dearest” telah pun melabuhkan tirainya.

Terbaru pada 2 September, episod terakhir bahagian pertama “My Dearest” telah ditayangkan, meraih rating tinggi mencecah 12.2%.

Dalam episod ke-10, Lee Jang-hyun (Namgoong Min) dan Yoo Gil-chae (Ahn Eun-jin) menghadapi satu perang yang mengerikan dan hampir terselamat dari situasi yang mengancam nyawa. Meskipun telah meluahkan perasaan masing-masing kepada satu sama lain namun, takdir sekali lagi memisahkan mereka berdua.

Selain itu, kemunculan Lee Chung-ah di hujung episod telah membuatkan penonton kecewa kerana seolah-olah memberi petunjuk watak utama wanita akan diganti dalam bahagian kedua nanti.

mbc my dearest

Sebagai respon, Namgoong Min menyatakan dalam satu temu bual memberi ‘hint’ untuk bahagian kedua “My Dearest”,

Terima kasih atas kasih sayang, minat dan keprihatinan. Kami berjanji akan membalas dengan kisah cinta Jang-hyun dan Gil-chae yang indah.

Sementara itu, bahagian 2 “My Dearest” akan ditayangkan pada Oktober nanti. Sama-sama kita tunggu!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...