Ikuti Kami:

Heroin Ditukar Dari Ahn Eunjin Ke Lee Chungah? Penonton Teka Plot Bahagian Kedua ‘My Dearest’

Heroin Ditukar Dari Ahn Eunjin Ke Lee Chungah? Penonton Teka Plot Bahagian Kedua ‘My Dearest’

Makin tak senang apabila bahagian pertama drama “My Dearest” tergantung dengan plot yang tak dijangka.

Semasa tayangan episod ke-10 drama itu, Jang-hyun (Namgoong Min) dan Gil-chae (Ahn Eun-jin) terpaksa berpisah dek situasi perang yang mengugatkan selain kekangan nasib keluarga pada ketika itu. Walau bagaimanapun, penonton terkejut apabila wanita itu sudah pun mempunyai tunangan baru selepas 2 tahun insiden berkenaan berlalu dek menyangka cinta hatinya sudah terkorban.

Lebih membuatkan perasaan orang tak tenang apabila Jang-hyun kembali ke perkampungan berkenaan dan mendapat tahu bahawa Gil-chae sudah menjadi milik orang lain kini. Meneruskan kerjanya, lelaki itu kemudian menemui Si Topeng Biru (Lee Chung-ah), seorang pemburu penjara dan membayangkan hubungan cinta tiga segi antara mereka.

my dearest

Untuk episod penutup bahagian kedua ini, “My Dearest” meraih rating tertinggi sepanjang tayangan sebanyak 12.2%. Mempunyai pelbagai plot twist, penonton sepertinya tidak gemar dengan kemungkinan pertukaran heroin dari Ahn Eun-jin ke Lee Chung-ah untuk bahagian kedua nanti.

Komen pra-kontra penonton,

Mereka menulis watak Gil-chae dengan pelik.

 

Saya terkejut kerana heroin bertukar.

 

Ini kali pertama saya menonton drama sebegini.

 

Saya faham dengan perasaan watak itu.

 

Saya teruja.

Dalam pada itu, bahagian kedua drama ini akan ditayangkan pada Oktober nanti lantas penonton terpaksa menantikan sekiranya akan ada perubahan watak dan kepentingan mereka dalam plot kesinambungan itu.

Apa kata korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...