Ikuti Kami:

Penonton Pelik Lihat Solekan ‘Terang’ Seo Yeji, Pihak Produksi ‘Eve’ Beri Penjelasan

Penonton Pelik Lihat Solekan ‘Terang’ Seo Yeji, Pihak Produksi ‘Eve’ Beri Penjelasan

“Eve” ternyata merupakan drama yang sering menjadi topik perbualan K-Drama pada saban minggu.

Bagi penonton setia, pastinya anda perasan penampilan Seo Ye-ji yang sangat berbeda dari awal tayangan hingga masuk ke episod ke-10 kini. Rupanya perubahan gaya dan solekan yang dikenakan watak Lee Ra-el ada sebab tersendirinya.

Dalam episod awal, Lee Ra-el dikenakan solekan kening tebal, pembayang mata biasa, celak mata dan warna gincu yang terang. Namun ianya berubah kepada pembayang mata hijau-kuning, kening perang yang menipis, bibir pucat dan gaya yang berlebihan sekaligus menampakkan kelainan yang drastik berbanding awalnya.

seo yeji eve

Semasa memerhatikan solekan yang kian ‘terang’, para penonton tidak dapat melindungi rasa hairan mereka,

Mengejutkan

 

Saya terkejut lihat kening nipis tapi pembayang mata tebal.

 

Tolong lah warnakan bibir awak.

 

Awak sengaja ke macam ni?

Menyaksikan reaksi yang tidak dijangka penonton, pihak produksi “Eve” telah menyampaikan makna di sebalik solekan ‘daring’ buat Seo Ye-ji ini.

Pada awalnya, pelakon dan pihak produksi menjadikan artis barat sebagai rujukan dan berbincang bersama. Pada masa yang sama, kami merasakan ia boleh memberikan impak, jadi solekan itu diubah.

seo yeji eve

Jelas mereka lagi,

Selepas ini, Lee Ra-el akan menemui tempo tersendiri dan ketika penghayatan emosinya mula menurun, solekan itu akan berubah kepada asal.

Sepertinya solekan itu berubah ketika separuh kedua bagi memberikan kekuatan kepada watak Lee Ra-el yang mula tampil ‘gelap’.

Dalam pada itu, penonton menantikan bagaimana perubahan penampilan Seo Ye-ji dalam “Eve” nanti.

Ada makna rupanya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...