Ikuti Kami:

‘Peninsula’ Berjaya Tarik 1 Juta Penonton Dalam Masa 4 Hari Tayangan Sahaja

‘Peninsula’ Berjaya Tarik 1 Juta Penonton Dalam Masa 4 Hari Tayangan Sahaja

Hebat betul fenomena “Peninsula” ini sampaikan ramai yang berpusu-pusu ke wayang meskipun pandemik COVID-19 masih lagi belum reda!

Pada pagi 18 Julai, Perbadanan Filem Korea telah mengumumkan bahawa filem zombi tersebut yang juga merupakan sekuel kepada “Train To Busan” telah pun berjaya melepasi garisan 1 juta penonton. Sehingga 8.10 pagi pada hari tersebut, naskhah itu yang diriliskan pada 15 Julai berjaya mencatatkan 1,000,790 penonton, bermakna ia mengambil masa kurang daripada 4 hari untuk mencipta rekod hebat berkenaan.

Bukan itu sahaja, “Peninsula” berjaya melepasi garisan 1 juta sama pantas dengan filem popular “Ode To My Father” yang berada di tangga ke-4 sebagai filem dengan kutipan terbanyak dalam sejarah panggung di Korea. Nampak tak betapa hebatnya “Peninsula” kerana mampu menerima respons sebaik ini walaupun industri perfileman Korea mengalami kejatuhan yang teruk dek wabak COVID-19.

train to busan presents: peninsula

Bahkan, “Peninsula” turut mencatatkan rekod terbaru bagi jumlah penonton teramai semasa tayangan pertamanya semenjak penularan COVID-19 sekaligus menolak filem “#ALIVE” yang juga membawa elemen zombi ketepi.

Kepada yang masih belum menonton “Peninsula”, anda boleh serbu panggung wayang terdekat sekitar Malaysia kerana ia sudah pun memulakan tayangan sejak 16 Julai lalu.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...