Ikuti Kami:

Peninggalan Nenek Moyang, ‘Bojagi’ Pembungkus Hadiah Tradisi Turun Temurun Korea

Peninggalan Nenek Moyang, ‘Bojagi’ Pembungkus Hadiah Tradisi Turun Temurun Korea

Pernah dengar tak tentang bojagi? 

Kalau korang tak tahu apa itu bojagi, jom baca perkongsian KimchiDaily di bawah tentang pakaian tradisional yang dijadikan pembalut hadiah di Korea.

Apa itu bojagi?

Mengikut maksud dalam bahasa Korea, bojagi berasal dari perkataan ‘bok’ yang bermaksud nasib, dan ‘bo’ bermaksud kebahagiaan. Orang Korea pada zaman dahulu melihat ‘bojagi’ sebagai pembungkus yang boleh mebawa tuah. Ini berpunca daripada kepercayaan berabad-abad lamanya, di mana, membungkus sebarang objek dengan kain boleh melindungi dan memastikan ‘nasib baik’ kekal di dalam bungkusan tersebut.

bojagi pembalut hadiah orang korea

Bojagi merujuk kepada hadiah dan bungkusan yang dibungkus secara tradisional. Ia bukan sahaja menjadi bentuk penyampaian hadiah yang praktikal tetapi juga cantik secara visual.

Bojagi telah menjadi cara untuk wanita Korea mengekspresikan kreativiti mereka. Mereka menggunakan kemahiran dan jahitan yang berbeza untuk mencipta corak bojagi yang rumit. Kemahiran ini juga dijadikan sebagai tradisi yang diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain. Menjelang sekitar 1950-an dan 1960-an, bojagi tidak lagi digunakan setiap hari tetapi hanya untuk majlis-majlis penting sahaja.

Jenis kain bojagi

Sutera

bojagi pembalut hadiah orang korea

Sutera biasanya digunakan untuk bojagi dalam kalangan golongan elit dan orang yang mempunyai pangkat lebih tinggi dari rakyat biasa. Malah kerabat diraja juga mempunyai bojagi yang diperbuat daripada sutera dalam warna yang berbeza. Kini, bojagi sutera boleh digunakan oleh sesiapa sahaja yang mampu untuk membelinya dan tiada peraturan ketat seperti zaman dahulu.

Kapas

bojagi pembalut hadiah orang korea

Kapas juga digunakan dalam membuat bojagi. Kapas dihargai kerana kilauannya yang luar biasa dan ianya mudah untuk didapati. Pada zaman dahulu, bahan ini biasanya digunakan untuk bojagi orang biasa atau kelas bawahan.

Warna dan simbolisme bojagi

Warna sangat penting dalam budaya Korea kerana ia melambangkan perkara yang berbeza. Walaupun bojagi zaman moden datang dalam semua jenis warna dan corak, lima warna ini masih kekal antara yang paling popular.

Merah – Merah mewakili arah selatan serta unsur api. Dalam dunia hari ini, ia juga telah menjadi warna harapan dan perpaduan.

Biru – Warna biru juga biasanya dipasangkan dengan warna merah untuk mengimbangi unsur Yin (perempuan) dan Yang (lelaki). Ini dilakukan untuk menghalau tenaga dan semangat negatif. Oleh sebab itulah, sering dilihat kombinasi warna ini semasa majlis perkahwinan.

Kuning – Kuning digunakan untuk mewakili unsur bumi.

Hitam – Hitam bermaksud unsur air. Kini, ia juga dilihat sebagai warna yang melambangkan kehidupan moden serta sensibiliti barat, dan daya tarikan antarabangsa.

bojagi pembalut hadiah orang korea

Putih – Daripada semua warna, putih mungkin yang paling bermakna mengikut budaya Korea kerana ia mewakili unsur logam. Pada zaman dahulu, putih mewakili kesucian dan kerendahan hati. Kembali pada Era Joseon, ramai orang Korea memakai pakaian berwarna putih sebagai cara untuk melambangkan pengabdian mereka kepada semua perkara yang murni dan semula jadi.

Unik kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...