Ikuti Kami:

Hanbok Berwarna-Warni, Kenali Pakaian Tradisi Orang Korea Ini

Hanbok Berwarna-Warni, Kenali Pakaian Tradisi Orang Korea Ini

Hanbok merupakan pakaian rasmi tradisi masyarakat di Korea. Pada masa kini, ia hanya dipakai pada majlis-majlis khas atau semasa sambutan ulang tahun.

Korang mungkin pernah melihat hanbok dalam K-Drama kan? Jom KimchiDaily kongsikan tentang gaya fesyen hanbok.

Struktur Pakaian

hanbok

Keistimewaan utama hanbok ialah bentuk bahagian atas yang ramping dan bahagian bawah yang lebar, seperti bentuk loceng. Jaket yang dipasang padat menampakkan bentuk bahagian atas badan. Selain itu, skirt lebar dan fleksibel menyanjung keanggunan pemakai membuatkan dia kelihatan seperti terapung di udara.

Satu set lengkap hanbok untuk lelaki terdiri daripada jeogori iaitu jaket atas dan sepasang seluar manakala wanita termasuk jeogori, baju di bahagian dalam, skirt dan sepasang seluar.

hanbok korea selatan

Warna

Kain hanbok diwarnakan menggunakan pewarna semula jadi serta mempunyai simbolik yang tersendiri. Misalnya, warna merah melambangkan keberuntungan dan kebahagiaan manakala warna biru melambangkan kesucian dan kekuatan.

Jenis kain

jenis kain hanbok

Apa yang lagi menarik, pada zaman dahulu jenis kain yang digunakan untuk membuat hanbok ditentukan pada hierarki sosial. Contohnya, mereka yang lahir daripada keluarga diraja akan memakai hanbok yang diperbuat daripada bahan terbaik seperti satin dan sutera yang menampilkan kuasa dan kewibawaan mereka. Namun sebaliknya bagi orang biasa, mereka memakai hanbok yang dihasilkan menggunakan rami dan kapas menunjukkan latar belakang mereka yang sederhana.

Kasut

Wanita boleh memakai kkotshin (kasut sutera dengan tenunan bunga), unhye (kasut sutera rendah yang dihiasi dengan kepingan sutera berbentuk awan), dan dinghy (kasut kulit potongan rendah dengan reka bentuk skrol). Sebaliknya, lelaki biasanya memakai heukhye (kasut bulu dan kulit) dan taesahye (kasut kulit haiwan yang diikat dengan sutera). Tambahan untuk melindungi kaki, mereka juga memakai stokin putih yang dikenali sebagai beoseon.

Teringin pula nak pakai Hanbok.

Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...