Ikuti Kami:

Penangan Blackpink, Pakaian Tradisional Korea ‘Hanbok’ Kini Popular Di Serata Dunia

Penangan Blackpink, Pakaian Tradisional Korea ‘Hanbok’ Kini Popular Di Serata Dunia

Siapa yang dan tonton video muzik “How You Like That” pasti terpersona melihat penampilan anggun BLACKPINK dengan pakaian tradisonal Korea iaitu Hanbok yang diubah menjadi sedikit moden.

Disebabkan oleh gaya yang menawan selain dipakai oleh ahli kumpulan wanita popular berkenaan, pereka asal Hanbok moden tersebut, Danha Seoul mendedahkan bahawa rekaan pakaiannya itu menerima perhatian ramai termasuklah di peringkat antarabangsa.

Laman web kami menerima jumlah pengunjung tertinggi pada hari video muzik itu diriliskan.

hanbok blackpink

Menurut Dan-ha, dia menjelaskan bahawa dia tidak menerima peluang yang hebat itu menerusi kabel malahan syarikat naungan BLACKPINK iaitu YG Entertainment yang mendekati mereka terlebih dahulu kerana tertarik dengan rekaan Hanbok tersebut.

Ketika kami sedang mendengar muzik di dalam kereta, kami menerima panggilan daripada pasukan tata rias BLACKPINK yang mahukan Hanbok dalam kadar yang segera. Pada awalnya meraka mahukan tajaan untuk pakaian tersebut. Selepas panggilan tersebut, kedua-dua saya dan rakan sangat terkejut selepas mendengar nama BLACKPINK.

hanbok blackpink

Walaubagaimanapun peminat BLACKPINK perasan bahawa Hanbok yang dijual di laman web Danha adalah berlainan daripada apa yang dipakai oleh ahli kumpulan tersebut dalam video muzik mereka. Ini adalah kerana jurugaya mereka terpaksa mengubah sedikit gaya Hanbok tersebut bagi membolehkan mereka menari ketika menyarungkannya.

Menurut pereka fesyen ini, pelawat laman webnya kebanyakannya datang daripada Amerika Syarikat dan lainnya daripada Eropah dan Asia.

Hanbok yang dikenakan oleh BLACKPINK pada asalnya dijual di laman web kami. Kini, secara purata, kedai antarabangsa kami menerima 3,000 hingga 4,000 pelawat baru setiap hari. Manakala secara domestik, pada hari yang baik, kami menerima hampir 10,000 pelawat dalam sehari.

hanbok blackpink

Bahkan gaya Hanbok yang disarung oleh Jennie iaitu stail ‘Dopo’ sudah pun habis terjual. Memang hebat betul penangan ahli kumpulan BLACKPINK tersebut!

Dan-ha sendiri tidak dapat menafikan bahawa impak yang hebat ini berlaku kerana kepopularitian BLACKPINK di peringkat dunia. Pereka fesyen ini mengakui bahawa mereka telah menerima banyak panggilan daripada pihak media bagi menjalani temuramah. Namun yang paling bermakna ialah apabila pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok menerima perhatian dunia.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...