Bukan sahaja seorang pelakon berbakat, Lee Dong-wook juga turut dikenali ramai kerana wajah kacaknya yang tidak perlu dipersoalkan lagi.
Baru-baru ini, Lee Dong-wook telah terlibat dengan penggambaran bersama Vogue Man Hong Kong dan turut menjadi wajah depan untuk edisi April 2024 majalah itu.
Dalam beberapa foto yang dikongsi, pelakon “A Shop for Killers” itu mempamerkan susuk tubuhnya yang dikagumi ramai, dengan memakai baju yang menampakkan bahagian belakang badannya.
LEE DONGWOOK HAVE MERCY ON US pic.twitter.com/2JvR9eBggk
— 🍁 (@hajoonwook) March 26, 2024
Menerusi gambar lain, Lee Dong-wook buat peminat tak keruan apabila dia berseluar pendek dan memakai baju yang tidak berbutang, mendedahkan dadanya yang berotot.
Komen peminat,
Saya pengsan..
Omg Lee Dong-wook?!
Kesempurnaan.
Dia nampak bergaya tak kisah baju apa pun yang dia pakai.
Fuh jarang nampak Lee Dong-wook dengan gaya macam ni!