“Lebih Baik..” – Aktif Dalam Genre Aksi, Lee Dongwook Jawab Sebab Berhenti Muncul Dalam Drama Romantik
- oleh Fareen
- 2 tahuns lalu
Rasa macam dah lama kan tak tengok Lee Dong-wook berlakon drama romantik?
Baru-baru ini, Lee Dong-wook telah muncul dalam saluran YouTube Na Young-suk atau lebih dikenali sebagai Na PD, di mana pelakon itu ada berkongsi sebab dia jarang membintangi drama bergenre romantik kini.
Dedah pelakon lelaki itu dengan menjawab sama ada dia ingin muncul dalam drama romantik,
Kadang-kadang. Sudah tiga atau empat tahun yang lalu? Mungkin dua atau tiga tahun? Saya tidak berminat dengannya.

Sambungnya lagi,
Keadaan badan saya sekarang dan badan saya dalam 10 tahun tidak sama. Saya berharap ia masih sama tetapi itu sangat tidak mungkin. Saya rasa lebih baik untuk terlibat dalam projek bergenre aksi apabila saya masih boleh bergerak aktif dan mudah. Saya rasa itulah sebabnya saya tidak pernah mengambil cuti.
Takpelah, kami akan setia menunggu drama romantik baru dari Lee Dong-wook!
Komen
PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.




