Hantaran baru Seol In-ah telah dikritik netizen Korea, dah kenapa pula?
Baru-baru ini, Seol In-ah telah berkongsi beberapa foto di Instagram Story, ketika dia menghadiri perlawanan Paris Saint-Germain (PSG). Dalam gambar itu, wanita tersebut memakai jersi PSG sambil memegang sepanduk dengan nama Lee Kang-in.
Tulisnya,
Lee Kang-in, fighting!
Bagaimanapun, sesetengah netizen nampaknya kurang ‘senang’ kerana Seol In-ah dilihat memakai jersi Kylian Mbappé iaitu pemain lain, bukannya jersi Lee Kang-in iaitu pemain wakil untuk Korea Selatan.
Setelah teruk dikritik, Seol In-ah tampil menjelaskan,
Mereka tidak menjual baju Lee Kang-in pada hari itu. Ia adalah perlawanan terakhir Kylian Mbappé untuk PSG. Berhenti hantar saya DM. Ia menyedihkan.
Biarlah, itu pilihan dia kan.