Ikuti Kami:

Pengikut IG Menaik 8 Kali Ganda, Yoon Jion Ulas Populariti Global Dek ‘Tomorrow’

Pengikut IG Menaik 8 Kali Ganda, Yoon Jion Ulas Populariti Global Dek ‘Tomorrow’

Sudah lebih seminggu tamat namun pastinya masih ramai yang merindui drama fantasi “Tomorrow” kan?

Walaupun hanya mampu  berpuas hati dengan rating yang biasa sehingga ke penghujung tayangan namun naskhah yang diadaptasi dari webtoon itu mempunyai peminat yang stabil daripada sekitar Asia. Menurut ranking di Netflix, ianya konsisten di tangga ke-4 hingga ke-6 di beberapa negara seperti Hong Kong, Vietnam, Indonesia, Jepun, Taiwan dan lain-lain. Malah ia turut  tersenarai di tangga ke-7 hingga ke-9 kini di dalam ranking Top 10 kategori program TV meskipun sudah tamat.

mbc tomorrow

Komen Yoon Ji-on yang membawa watak Lim Ryung-gu mengenai populariti “Tomorrow” di peringkat global,

Drama bersejarah merupakan antara genre yang digemari pelanggan Netflix namun subjek malaikat maut merupakan sesuatu yang mungkin segar di mata peminat luar negara. Kim Hee-sun, Rowoon dan Lee Soo-hyuk merupakan antara nama yang disukai penonton luar, jadi ianya mungkin disebabkan itu.

Tambahnya lagi,

Saya berasa bersyukur kerana jumlah pengikut di Instagram yang pada awalnya hanya 20,000 ketika sidang media ‘Tomorrow’ diadakan namun telah meningkat ke 150,000 kini (169,000 setakat 28 Mei). Saya ingatkan saya akan berasa bangga apabila ia mencecah 100,000 namun tiada yang berubah. Saya akan bekerja keras untuk peminat dan penonton agar dapat mengenali saya dengan lebih baik sebagai pelakon.

yoon jion

Yoon Ji-on makin popular sejak “Tomorrow” disiarkan kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...