Ikuti Kami:

Konflik Terungkai, Episod Akhir ‘Tomorrow’ Catat Rating Biasa

Konflik Terungkai, Episod Akhir ‘Tomorrow’ Catat Rating Biasa

16 episod menghiburkan penonton, akhirnya siri fantasi “Tomorrow” mengucapkan selamat tinggal buat penonton kelmarin.

Sinopsis

“Tomorrow” membawa kisah sekumpulan malaikat maut yang bertugas menyelamatkan individu yang mempunyai keinginan untuk membunuh diri.

Semua terjawab

[Amaran SPOILER]

Meskipun tidak sebulu, Park Joong-gil (Lee Soo-hyuk) mempertaruhkan nyawanya untuk menyelamatkan Goo Ryun daripada diheret ke neraka selepas mempelajari mengenai kebenaran masa lampau yang mengikat mereka.

ending tomorrow

Malah Goo Ryun berjaya meneruskan misi untuk menyelamatkan Ryu Cho-hui daripada membunuh diri dengan memberikan kata-kata semangat buatnya. Sampai masanya, Park Jun-woong yang sudah pun berkhidmat selama 6 bulan kembali semula ke tubuhnya dan sedar daripada koma namun ingatannya mengenai Jumadeung langsung terpadam.

Di penghujung cerita, Goo Ryun, Im Ryung-gu dan Park Joong-gil meneruskan kembali misi mereka sebagai malaikat maut manakala Park Jun-woong bahagia bersama kerja barunya.

ending tomorrow

Rating biasa

Untuk episod terakhir ini, “Tomorrow” telah mencatatkan rating sebanyak 2.8% sahaja. Walaupun bermula baik dengan catatan 7.6% namun trend itu dilihat terus menurun pada saban episod sehingga ianya hanya mampu dalam lingkungan rating 2% ke 3% sahaja dalam beberapa episod sejak kebelakangan ini.

Dah habis layan ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...