Pelakon hebat Sung Joon kini sedang mula menjalani penggambaran untuk tampil dalam drama ‘lovey dovey’. Wah, kemain!
Sung Joon kini dalam proses penggambaran drama genre percintaan baru “Tell Me It’s Love”. Dia bakal tampil dalam drama tersebut di samping Lee Sung-kyung dan Kim Young-kwang. “Tell Me It’s Love” mengisahkan tentang seorang lelaki dan seorang wanita yang bertemu ketika merancang untuk membalas dendam. Tetapi keinginan untuk membalas dendam mula dilupakan apabila perasaan simpati terhadap keperitan orang lain mula mengubah mereka menjadi lebih baik.“Tell Me It’s Love” akan disiarkan melalui platform penstriman pada separuh pertama tahun 2023 akan datang.
Korang rasa bagaimana gandingan Sung Joon dengan Lee Sung-kyung dengan Kim Young-kwang nanti? Omoo, tak sabar!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.