Ikuti Kami:

Sedang Berkhidmat Sebagai Tentera, Pelakon Sungjoon Akui Sudah Berkahwin & Punyai Anak Sejak 2018!

Sedang Berkhidmat Sebagai Tentera, Pelakon Sungjoon Akui Sudah Berkahwin & Punyai Anak Sejak 2018!

Hebat betul bintang Korea sekarang ini! Ingat tak kisah Chen daripada kumpulan EXO yang mengakui bahawa dia bakal berkahwin tak lama lagi dan tunangannya itu sedang mengandungkan anak mereka? Rupanya bukan sahaja vokalis kumpulan popular itu yang menyorokkan hal sedemikian kerana kelmarin seorang pelakon popular iaitu Sung Joon juga telah menulis surat dan mendedahkan bahawa dia sudah pun berkahwin dan mempunyai anak!

Mengejutkan kerana lelaki yang popular menerusi drama “Madame Antoine: The Love Therapist”, “High Society, Hyde Jekyll, Me” dan banyak lagi mengakui hal tersebut menerusi sepucuk surat yang diutuskan kepada peminatnya kerana dia kini sedang menjalani latihan wajib ketenteraan.

pelakon sungjoon dah kahwin

Surat itu diriliskan oleh agensi naungannya dan kandungannya menjelaskan perkahwinan pelakon itu yang berlaku pada tahun 2018 dan cahaya mata yang diperolehi hasil daripada ikatan tersebut.

Hello, ini adalah pelakon Sung Joon yang sudah lama tidak bersapa dengan kalian.

Saya tidak pandai dalam meluahkan perasaan sendiri tetapi setelah sekian lama berfikir bagaimana untuk memberitahu anda semua- menceritakan hal peribadi saya, saya mula memegang pen ini.

Sekarang ini, saya sudah berkhidmat sebagai seorang tentera untuk Korea Selatan selama setahun lebih. Semasa saya mula menyertai kem ini, satu perkara yang mengubah hidup saya dan menggembirakan telah berlaku. Ia adalah kemunculan orang yang saya sayangi dan bakal hidup bersama saya untuk selamanya. Semasa sedang dalam bahagia merancang perkahwinan kami, kami mendapat tahu bahawa ada cahaya mata yang bakal tiba.

Ia adalah sesuatu yang sangat menggembirakan dan ajaib. Tetapi kerana saya terus menyertai tentera selepas itu, saya memberi keutamaan untuk melindungi kedua orang berharga yang hadir dalam hidup saya ini. Jadi proses pengesahan perkahwinan ini dilakukan dengan secepat mungkin dan kami tidak mengadakan majlis perkahwinan di mana kami boleh menyapa semua orang. Saya fikirkan itu adalah perkara terbaik yang boleh dilakukan kerana saya perlu berkhidmat sebagai seorang tentera.

Selepas setahun berlalu dan baru-baru ini, saya risaukan isteri saya yang terpaksa menghadapi semuanya seorang diri. Jadi saya meminta pertukaran jabatan lantas saya memulakan perkhidmatan sebagai tentera biasa (keadaan istimewa di mana tentera berkhidmat pada siang hari dan boleh pulang ke rumah pada waktu malam) sehingga tamat latihan ketenteraan ini.

Sebagai seorang yang tidak mempunyai pengalaman, saya mahu berada dekat dengan keluarga ini dan oleh sebab itu, saya mahu menceritakan hal ini secara jujurnya kepada anda semua, di mana saya perlu tangguhkan untuk seketika.

Ia adalah berita yang gembira dan baik tetapi saya memohon maaf kerana tidak berkata apa-apa sejurus selepas ia berlaku dan sebagai seorang ketua keluarga yang baru, saya akan berasa gembira sekiranya anda memahami cerita saya ini.

Selepas menamatkan latihan ketenteraan ini, saya akan kembali sebagai Sung Joon, si pelakon dan juga ketua keluarga dengan imej yang lebih kuat dan matang daripada sekarang. Terima kasih selalu.

Rata-rata netizen memang terkejut dengan perkhabaran ini kerana lelaki ini mampu menyorokkan keluarga kecilnya daripada pengetahuan umum hampir 2 tahun. Pun begitu, mereka mengucapkan tahniah dan mendoakan kesejahteraan keluarganya tersebut.

Baru masuk bulan Februari 2020 tetapi banyak betul berita mengejutkan dalam dunia hiburan Korea yang berlaku. Agaknya berapa ramai lagi selebriti Korea yang sebenarnya dah berkeluarga tetapi menyorokkannya daripada pengetahuan umum?

Sumber: Allkpop

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...