Ikuti Kami:

Penggambaran Di Iceland, Go Minsi Dilapor Akan Gantikan V BTS Dalam ‘Jinny’s Kitchen 2’

Penggambaran Di Iceland, Go Minsi Dilapor Akan Gantikan V BTS Dalam ‘Jinny’s Kitchen 2’

Go Min-si dikatakan bakal menjadi ahli terbaru “Jinny’s Kitche 2”.

Menurut laporan media pada 20 Februari, Go Min-si telah ditawar untuk menjadi ahli baru bagi rancangan “Jinny’s Kitchen 2”.

“Jinny’s Kitchen 2” merupakan rancangan hiburan di mana pelakon Lee Seo-jin menjadi bos di sebuah restoran yang terletak di luar negara. Diarahkan oleh pengarah terkenal Na Young-seok, rancangan ini telah diterajui oleh barisan selebriti terkenal seperti Park Seo-joon, Choi Woo-shik dan V BTS.

Bagi musim kedua rancangan ini, Go Min-si dilapor akan menggantikan V BTS sebagai ‘intern’ termuda restoran tersebut. Keputusan ini dibuat kerana ahli BTS itu sedang menjalani latihan ketenteraannya sehinga tahun 2025.

jinny-kitchen

Namun begitu, agensi Go Min-si masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai penglibatan pelakon tersebut di dalam rancangan ini.

Wakil tvN berkata,

Di atas faktor keselamatan, kami tak dapat mengesahkan penglibatan Go Min-si di dalam ‘Jinny’s Kitchen 2’. Kami berharap agar peminat akan memahami keputusan yang telah dibuat.

“Jinny’s Kitchen 2” bakal memulakan penggambarannya pada Mac ini di Iceland.

Mesti kelakar kan gandingan Go Minsi dengan Park Seo-joon dan Choi Woo-shik!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...