Ikuti Kami:

Pengaruh Luar Biasa, V BTS Jana RM1.29 Bilion Dengan Jadi Duta Global Satu Jenama Mewah

Pengaruh Luar Biasa, V BTS Jana RM1.29 Bilion Dengan Jadi Duta Global Satu Jenama Mewah

V BTS telah membuktikan pengaruhnya selepas berjaya menjana sebanyak RM1.29 bilion sepanjang menjadi duta global jenama Celine.

Sebuah platform pemasaran di Perancis iaitu Lefty, telah menganalis semua hantaran V di Instagram dan mendedahkan bahawa ahli BTS tersebut menjana sebanyak RM1.29 bilion hanya dalam beberapa bulan sahaja.

Ianya sekali gus membuatkan penyanyi tersebut terpilih sebagai salah seorang selebriti paling berpengaruh di Instagram diikuti dengan Kim Kardashian.

Terlebih dahulu, V telah dilantik menjadi duta global Celine pada 2023 dan sepanjang menjadi duta, ahli BTS itu menyumbang kepada peningkatan nilai jenama tersebut.

v celine

Populariti V yang tinggi dalam tiga pasaran utama penggunaan jenama mewah iaitu Amerika Syarikat, China dan Jepun juga telah menjadi salah satu faktor kenaikan nilai jenama tersebut.

Malah, ahli BTS itu juga mempunyai jumlah hasil carian tertinggi dalam kalangan selebriti Korea di Google dan Wikipedia serta meraih tempat pertama dalam kategori selebriti Korea yang paling banyak ‘dicari’ di atas talian selama 7 tahun berturut turut.

Kaya betul kan V!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...