Ikuti Kami:

Pengarah Umum Musim Kedua ‘D.P.’ Mula Penggambaran Bulan Ini

Pengarah Umum Musim Kedua ‘D.P.’ Mula Penggambaran Bulan Ini

Dah ready ke nak tonton musim kedua “D.P.”?

Kelmarin, siri Netflix berkenaan telah dinobat sebagai ‘Drama Terbaik’ di ‘Anugerah Baeksang ke-58’.

Bukan sahaja memberikan ucapan terima kasih buat penyokong, malah pengarah Han Jun-hee menyampaikan satu berita menggembirakan buat peminat,

Saya pelajari yang produser dan pengarah tidak bermakna apa-apa tanpa penyertaan pelakon dan staf. Saya mungkin bukan orang yang hebat, tapi saya bersyukut kerana boleh berada di sini bersama anugerah ini.

d.p.

Tambahnya lagi,

Musim kedua ‘D.P.’ akan memulakan penggambaran hari ini. Kami akan merakamnya dengan baik tanpa sebarang kecederaan.

Untuk pengetahuan, siri Netflix “D.P.” membawa kisah unit khas mengejar tentera yang lari daripada kem atas pelbagai alasan dan kisah tersendiri. Ianya menerima pujian ramai kerana plot yang realistik selain membongkar sisi gelap dunia ketenteraan Korea.

Tak sabarnya!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...